![]() |
![]() |
skuba.zoom-a.com |
![]() |
|
![]() |
[schoolname] [address] Tel : [tel], Faks : [fax] e-mel : skuba@zoom-a.com |
|||
![]() |
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | AKTIVITI | BUKU PELAWAT | HURAIAN SUKATAN PELAJARAN | KEMPEN GALAKAN MEMBACA | PRORGAM J-QAF | Untitled | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | GALERI 2006 | IKRAR SEKOLAH | Untitled | KOKURIKULUM | LAGU SEKOLAH | PAUTAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | |
SEJARAH SEK. KEB. KUALA ABAI Sekolah Kebangsaan Kuala Abai di buka pada Januari 1989 dengan jumlah murid seramai 28 orang, 3 orang guru dan seorang kerani yang ditempatkan di sebuah balai raya Kampung Kuala Abai Seberang. Walaupun keadaan kelas kurang selesa, namun pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan mengikut yang dirancangkan. Dalam situasi ini para guru dan ibu bapa berusaha untuk mendapatkan sebuah tapak bangunan bagi sekolah ini. Pada Februari 1990 terbinalah sebuah bangunan yang dinamakan Sekolah Kebangsaan Kuala Abai, Kota Belud. Sekolah ini terletak di pesisiran pantai Kampung Kuala Abai yang berhampiran dengan Pulau Usukan. Dengan adanya bangunan ini bilangan murid-murid serta guru kian bertambah dari tahun ke setahun, yang diterajui oleh seorang guru besar iaitu Encik Abd. Manan Bin Suis. Seperti sekolah-sekolah lain di daeah ini, sekolah ini juga menerima pelbagai keperluan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran para guru dan ibu bapa berganding bahu demi kemajuan anak-anak mereka. Dengan adanya kerjasama yang padu dan erat ini, maka diwujudkan satu persatuan iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) awal 1993. Dari segi pentadbiran pula ianya ditadbir sebagaimana yang diusulkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga sistem pengajaran mengikut sistem KBSR. Pembinaa sekolah ini berdasarkan hasil usaha semua pihak terutama para guru dan kerjasama ibu bapa, maka ini bolehlah disifatkan sebagai suatu perkembangan kepada penduduk kampung ini yang sentiasa memerlukan ilmu pengetahuan seperti yang dinikmati pada hari ini seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020. Senarai Guru Besar Yang Pernah Bertugas Di Sek. Keb. Kuala Abai Bil. NAMA TAHUN 01. En. Manan Suis 1989 - 1999 02. En. Phatong Santis 1999 - 1999 03. En. Manan Suis 2001 - 2002 04. En. Ahmad Hj. Rashkin 2003 - 2004 05. En. Jamri Suhamin 2004 - 2006 06. Puan Jinti 2006 - hingga sekarang
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |